Ubat-ubatan menurunkan kolesterol atau juga dikenali sebagai ubat kolesterol akan menjadi pilihan untuk mendapatkan kesan penurunan kolesterol yang lebih baik jika paras kolesterol anda masih lebih daripada julat sasaran anda, walaupun anda telah mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat.

Sebelum memulakan rawatan dengan ubat kolesterol, ujian darah untuk memeriksa paras kolesterol dan kesihatan hati perlu diambil terlebih dahulu. Selepas memulakan rawatan, kolesterol darah dan fungsi hati perlu diawasi untuk pastikan ubat itu sesuai untuk anda.

Doktor mungkin boleh mencadangkan satu, atau gabungan (kombinasi) ubat-ubat yang menurunkan kolesterol. Antara ubat kolesterol:

  • Statin
  • Fenofibrate
  • Resin pengikat asid hempedu
  • Asid Nikotinik (niacin)
  • Derivatif Asid Fibrik
  • Perencat serapan kolesterol

Terdapat juga rawatan yang mengabungkan dua kumpulan ubat kolesterol. Gabungan ubat kolesterol ini didapati berguna bagi pesakit yang gagal mencapai paras kolesterol dalam darah yang optima walaupun pesakit patuh dalam pengambilan ubat sedia ada seperti gabungan statin dan penghalang penyerapan kolesterol serta gabungan statin dengan niacin.

Beras perang mampu menjadi penawar semula jadi yang selamat untuk menurunkan kolesterol kerana ia mampu mengekalkan kolesterol baik (HDL) dalam badan dan mengurangkan kolesterol jahat (LDL). Beras perang juga kaya dengan selenium yang membantu pengurangan salur darah tersumbat dan mengurangkan risiko darah tinggi, strok dan banyak lagi. Untuk beras perang terbaik, lihat disini.