Ubat-ubatan menurunkan kolestrol atau juga dikenali sebagai ubat anti kolesterol tinggi akan menjadi pilihan untuk mendapatkan kesan penurunan kolestrol yang lebih baik jika paras kolestrol anda masih lebih daripada julat sasaran anda, walaupun anda telah mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat.

Sebelum memulakan rawatan dengan ubat anti kolesterol tinggi, ujian darah untuk memeriksa paras kolestrol dan kesihatan hati perlu diambil terlebih dahulu. Selepas memulakan rawatan, kolestrol darah dan fungsi hati perlu diawasi untuk pastikan ubat itu sesuai untuk anda.

Doktor mungkin boleh mencadangkan satu, atau gabungan (kombinasi) ubat-ubat yang menurunkan kolestrol. Antara ubat anti kolesterol tinggi:

  • Statin
  • Fenofibrate
  • Resin pengikat asid hempedu
  • Asid Nikotinik (niacin)
  • Derivatif Asid Fibrik
  • Perencat serapan kolestrol

Terdapat juga rawatan yang mengabungkan dua kumpulan ubat anti kolesterol tinggi. Gabungan ubat anti kolesterol tinggi ini didapati berguna bagi pesakit yang gagal mencapai paras kolestrol dalam darah yang optima walaupun pesakit patuh dalam pengambilan ubat sedia ada seperti gabungan statin dan penghalang penyerapan kolestrrol serta gabungan statin dengan niacin.

Beras perang mampu menjadi penawar semula jadi yang selamat untuk menurunkan kolestrol kerana ia mampu mengekalkan kolestrol baik (HDL) dalam badan dan mengurangkan kolestrol jahat (LDL). Beras perang juga kaya dengan selenium yang membantu pengurangan salur darah tersumbat dan mengurangkan risiko darah tinggi, strok dan banyak lagi. Untuk beras perang terbaik, lihat disini.