Gejala kolesterol tinggi sukar untuk dikesan pada peringkat awal. Kolesterol tinggi merupakan penyumbang utama penyakit berbahaya seperti strok, serangan jantung dan penyakit arteri kaki, di mana semua penyakit ini berpotensi membawa maut. Oleh itu, sangat penting bagi seseorang untuk mengetahui tahap kolesterol dalam badan mereka seawal usia 20 tahun ke atas dan juga mengetahui simptom kolesterol tinggi. Berikut merupakan simptom kolesterol tinggi:
- Tompok-tompok kuning pada mata (xanthelasmas) dan kulit (xanthomas)
Xanthelasma ialah bintik kuning di dalam kelopak mata yang mungkin menjadi petanda pertama dikenal pasti oleh pesakit. Xanthelasmas berlaku apabila terdapatnya pengumpulan elemen yang kolesterol tinggi di dalam kulit. Xanthoma pula ialah keadaan yang hampir sama namun berbeza lokasi. Contoh lokasinya ialah siku, lutut, tangan, kaki, sendi dan punggung.
- Sakit jantung (angina)
Angina ialah keadaan di mana saluran arteri yang membawa darah ke otot jantung menjadi semakin sempit. Jika tidak dirawat atau dicegah, arteri boleh menjadi tersumbat secara menyeluruh, menyebabkan terjadinya serangan jantung (myocardial infarction). Perkara ini amat merbahaya dan boleh membawa maut. Tanda- tanda sakit jantung atau angina ialah:
- Sakit dada – terasa seperti ditekan, dihempap, dicucuk benda tajam, panas
- Sakit di tangan, rahang, bahu ataupun belakang badan
- Mual dan muntah
- Sesak nafas
- Berpeluh
- Pening
- Sakit jari kaki dan kekejangan kaki
Penyempitan saluran darah ke kaki yang disebabkan oleh aterosklerosis boleh menyebabkan penyakit yang dinamakan sebagai peripheral arterial diseases (PAD). Jumlah darah dan oksigen yang disalurkan ke kaki berkurangan dan menyebabkan kaki kesakitan apabila otot kaki digunakan. Berikut merupakan simptom dan gejala penyakit peripheral arterial disease (PAD):
- Sakit kejang pada kaki, betis, peha atau punggung selepas aktiviti seperti berjalan, bersenam, menaiki tangga dan sebagainya
- Kaki berasa kebas atau lemah
- Kaki berasa sejuk
- Luka atau ulser di kaki yang susah untuk sembuh
- Perubahan warna kulit di kaki dan bulu berguguran di kaki
- Nadi lemah di bahagian kaki
- Mati pucuk bagi pesakit lelaki
- Tanda-tanda seperti angin ahmar atau strok
Strok merupakan salah satu penyebab utama kematian dan kecacatan rakyat Malaysia. Ia juga turut menjadi penyumbang utama penyakit strok (aterosklerosis). Tanda-tanda awal penyakit strok ialah:
- Lemah atau kebas sebelah badan secara tiba-tiba seperti di muka, tangan atau kaki
- Kekeliruan secara tiba-tiba dan susah untuk bercakap atau memahami perkataan
- Masalah gangguan visual secara tiba-tiba di sebelah atau kedua-dua belah mata
- Susah untuk berjalan secara tiba-tiba atau susah untuk mengkoordinasi pergerakan
- Sakit kepala yang sangat teruk tanpa sebarang sebab
Simptom-simptom kolesterol tinggi tersebut dapat dielakkan dengan mulakan diet kolesterol rendah, nutrien yang seimbang dan berupaya mengurangkan kolesterol dalam badan. Kekacang, makanan kaya omega-3, oat, dan beras perang merupakan contoh makanan yang mampu kurangkan kolesterol dalam badan, seterusnya mampu mengelakkan lebih awal daripada mengalami simptom kolesterol tinggi. Beras perang terbaik boleh lihat disini.