Biasanya, makanan kolesterol tinggi adalah makanan yang mempunyai lemak trans yang tinggi. Lemak trans ini berkemungkinan besar meningkatkan kolesterol jahat (LDL) dan menurunkan kolesterol baik (HDL). Maka itu, makanan berkolesterol tinggi perlu dielakkan atau sekurang-kurangnya perlu kawal pengambilannya. Lemak trans biasanya dijumpai dalam hasil makanan ini:

  • Produk pastri seperti kek dan biskut
  • Makanan ringan (fast food) seperti keropok ubi kentang, jagung dan tortilla
  • Makanan yang digoreng seperti ayam goreng dan kentang goreng
  • Makanan yang diproses seperti sosej, bebola daging dan nugget
  • Makanan segera seperti mi segera dan burger
  • Krimer dan marjerin
  • Produk tenusu seperti susu lembu krim penuh, keju, mayonis dan mentega

Makanan rendah kolesterol perlu dijadikan diet utama bagi mereka yang berisiko mempunyai kadar kolesterol tinggi seperti makanan organik, makanan rendah lemak tepu, berminyak dan mempunyai nutrien serta serat yang tinggi.  Beras perang merupakan salah satu daripada makanan yang tidak mengandungi lemak tepu, tinggi serat, mempunyai banyak nutrien yang diperlukan untuk badan dan mampu mengurangkan kolesterol jahat (LDL). Beras perang sangat bagus untuk turunkan kolesterol, lihat disini.