Pengambilan ubat-ubatan mengurangkan kolesterol berkemungkinan besar akan mengambilnya untuk jangka masa yang panjang walaupun paras kolesterol telah turun. Kesan makan ubat kolesterol juga mungkin akan dialami daripada pengambilan ubat berkenaan mengikut jenis ubat-ubatan antikolesterol:

 

  • Statin: Berkemungkinan mengalami beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, loya, sembelit, gatal/ruam dan keletihan yang biasanya akan reda setelah tubuh menyesuaikan diri. Masalah otot dan keabnormalan organ hati juga mungkin berlaku walaupun jarang.
  • Resin pengikat asid hempedu: Akan mengalami sembelit. Ianya boleh diatasi dengan meningkatkan kuantiti pengambilan air harian. Selain itu, kesan makan ubat kolesterol ini yang boleh berlaku termasuk loya, kembung perut dan ketidakhadaman.
  • Asid nikotinik: Kulit bertukar kemerah-merahan adalah kesan sampingan yang biasa dialami oleh ubat ini.
  • Derivatif Asid Fibrik: Gangguan saraf otot (sakit kepala, keletihan dan vertigo), cirit-birit, loya, ruam dan ekzema. Selain daripada itu, kesan sampingan lain juga timbul seperti mengalami kesakitan dan kelemahan otot atau sendi selepas pengambilan asid fibrik.

Mengubah rutin pemakanan dengan beralih kepada bijirin penuh merupakan satu langkah yang baik untuk mengelakkan diri daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi. Bijirin penuh seperti beras perang kaya dengan serat yang membantu merendahkan paras kolesterol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpalan darah. Sememangnya, bijirin penuh seperti beras perang merupakan ‘ubat’ organik yang terbaik untuk mengurangkan kolesterol dalam badan. Untuk beras perang pilihan No. 1 Malaysia, lihat disini.