Cara Check Kolesterol Dengan Mengesan Keadaan Fizikal
Anda boleh lakukan cara check kolesterol dengan mengesan gejala pada keadaan fizikal tertentu, antaranya ialah:
- Sakit pada kaki kerana saluran arteri yang tersumbat oleh kolesterol
- Sering merasakan sakit dan lenguh pada kaki
- Muncul lingkaran seperti cincin berwarna kelabu atau putih di sekitar kornea mata
- Luka menjadi sukar untuk sembuh
- Perubahan warna kuku dan kulit
- Telapak kaki terasa dingin
- Kebas atau merasakan semut-semut di kaki atau tangan, dan lenguh atau berat pada tengkuk
- Badan terasa panas ketika tidur di suhu ruangan 25 darjah Celsius
Cara Check Kolesterol di Rumah
Cara check kolesterol di rumah iaitu dengan membeli peranti pengukur kolesterol digital. Peranti ini akan menunjukkan keputusan dalam beberapa minit. Peranti pengukur kolesterol digital itu mempunyai paparan skrin yang menunjukkan angka kadar kolesterol. Ia juga disertakan dengan dengan pita khusus dan jarum kecil untuk mengeluarkan sampel darah sewaktu melakukan ujian. Selain itu, alat ini juga biasanya boleh digunakan untuk memeriksa kadar gula darah, dan asid urik. Namun begitu, hasilnya kurang terperinci kerana tidak menunjukkan kadar kolesterol LDL dan kolesterol HDL.
Cara Check Kolesterol di Hospital atau Klinik Kesihatan
Pemeriksaan ujian saringan kolesterol di hospita atau klinik kesihatan amat digalakkan kerana ianya lebih selamat dan lebih menyeluruh. Proses pemeriksaan kadar kolesterol di hospital atau di klinik kesihatan akan dijalankan sepenuhnya oleh doktor atau pegawai kesihatan dengan menjalankan ujian darah. Ujian berkenaan dijalankan dengan pengambilan sampel darah dengan cara megambil darah dengan suntikan. Sampel ini akan dibawa ke makmal ujian untuk diteliti. Proses ini mengambil masa sekitar 30 minit sehingga 1 jam. Selalunya doktor akan menyarankan pesakit atau orang yang ingin mengambil ujian darah untuk berpuasa selama 9 hingga 12 jam sebelum ujian.
Namun begitu, cara check kolesterol yang paling efektif adalah dengan check gaya hidup dan pemakanan anda. Check sama ada gaya hidup kita lebih sihat, contohnya rajin bersukan atau bersenam, dan juga check sama ada kita mengutamakan makanan kurang kolesterol jahat (LDL). Misalnya, mengutamakan makanan tinggi serat dan mempunyai kanji yang rendah seperti beras perang agar kolesterol baik (HDL) sentiasa berada pada tahap optimum. Lihat rahsia beras perang kawal kolesterol disini.